Isnin, 21 November 2011

DOA UNTUK ANAK SOLEH

SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم
Our Lord! And make us submissive unto You and of our offspring a nation submissive unto You, and show us our Manasik, and accept our repentance. Truly, You are the One Who accepts repentance, the Most Merciful.
Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.


SURAH ALI-IMRAN AYAT 38

رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَآءِ
At that time Zakariyya invoked his Lord, saying: “O my Lord! Grant me from You, a good offspring. You are indeed the All-Hearer of invocation.”
Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”.

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100
 
رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ
“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”
Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.
(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

DOA AGAR ANAK2 MENGERJAKAN SOLAT

SURAH IBRAHIM (14) AYAT 40

رَبِّ اجْعَلْنِى مُقِيمَ الصَّلوةِ وَمِن ذُرِّيَتِى رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ

“O my Lord! Make me one who performs Salah, and (also) from my offspring, our Lord! And accept my invocation.”
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.


DOA MELEMBUTKAN HATI ANAK2 YG NAKAL

SURAH TAHA AYAT 1-6

طه
1. Ta Ha
مَآ أَنَزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْءَانَ لِتَشْقَى

2. We have not sent down the Qur’an unto you to cause you distress,
إِلاَّ تَذْكِرَةً لِّمَن يَخْشَى

3. But only as a Reminder to those who fear (Allah)
تَنزِيلاً مِّمَّنْ خَلَق الاٌّرْضَ وَالسَّمَـوَتِ الْعُلَى

4. A revelation from Him Who created the earth and high heavens
الرَّحْمَـنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى

5. The Most Gracious Istawa the Throne
لَهُ مَا فِي السَّمَـوَتِ وَمَا فِي الاٌّرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا وَمَا تَحْتَ الثَّرَى

6. To Him belongs all that is in the heavens and all that is on the earth, and all that is between them, and all that is under the soil

DOA AGAR DIBERI ZURIAT YG MENYEJUKKAN HATI

SURAH AL-FURQAN(25) AYAT 74

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا وَذُرِّيَّـتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً
“Our Lord! Bestow on us from our wives and our offspring the comfort of our eyes, and make us leaders of those who have Taqwa.”
Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.


AJARKAN ANAK-ANAK DOA UNTUK IBUBAPA

SURAH IBRAHIM (14) AYAT 41

رَبَّنَا اغْفِرْ لِى وَلِوَالِدَىَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
“Our Lord! Forgive me and my parents, and (all) the believers on the Day when the reckoning will be established.”
Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.
 
Doa agar anak2 patuh pada Allah SWT
SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128

Doa agar anak2 mengerjakan Solat
SURAH IBRAHIM (14) AYAT 40-41

Doa melembutkan hati anak2 yg nakal
SURAH TAHA AYAT 1-6

Doa agar diberi zuriat yg menyejukkan hati
SURAH AL-FURQAN(25) AYAT 74

Ahad, 20 November 2011

KELEBIHAN MEMOTONG KUKU DAN CARA MEMAKAI CINCIN


~KELEBIHAN MEMOTONG KUKU~    

 RASULULLAH S.A.W BERSABDA : Barang siapa yang mengerat kukunya pada;   Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit   Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan   Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat   Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit   Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.   Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit..   Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.   Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara SEKANDANG KHINZIR !! jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.Bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua binatang tersebut.Potonglah kuku tu.. ^ ^   JANGAN ADA NIAT SIMPAN KUKU PANJANG ! ! walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah TIDAK SESUAI berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.   Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.   PERCAYALAH !!   Untuk yang bujang beringat lah.Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek.Insya-Allah.   Mengenai kelebihan pemotongan kuku.. hadis kelebihan memotong kuku seperti diatas datangnya dari Iman Ghazali yang mana ianya adalah hadis dhaif.   Tiada hadith-hadith yg sahih mgenainya.. walau pun tiada bukti kesahihannya,namun ianya tidaklah memudaratkan dan kalau ianya benar.. SubhanAllah!! besar nikmatNya..   wallahu a'lam..   Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:   Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."   Memotong kuku ini termasuk didalam sunan al-fitrah,atau pun perkara biasa yang mesti dilakukan oleh seseorang muslim.Dari Anas meriwayatkan bahawanya:    "Dia (Nabi saw) telah memberikan waktu kepada kami agar 'trim' misai kami, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu kemaluan; kita tidak dibenarkan meninggalkannya lebih dari 40 hari" [Hadith Riwayat Muslim 258].   Hadith sahih ini menjelaskan tempoh maxima seseorang untuk memotong kuku adalah tidak lebih dari 40 hari.   Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia,iaitu E-Coli.Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun.Oleh itu,sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.Ini tak termasuk korek taik hidung,telinga dan sewaktu dengannya.Sekarang ni ramai yang pakai cincin.Tapi ikut suka dia je... SUNNAH NABI JARANG NAK IKUT ! ! ^ ^ 

~CARA MEMAKAI CINCIN~     
  
NASIHAT Nabi Muhammad SAW kepada Saidina Ali KWJ. Sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan,Nabi Muhammad SAW berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:     
  1] JARI MANIS   2] JARI KELINGLING (ANAK JARI)   
Dan JANGAN MEMAKAI PADA JARI,   1] JARI TENGAH   2] JARI TELUNJUK   Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah MENIRU cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu KAUM YANG DERHAKA DI ZAMAN NABI LUT A.S.   PERHATIAN ! ! !   Cara memakai cincin adalah termasuk LELAKI atau pun PEREMPUAN.   
saudara dan saudari,sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam,kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah SWT.Nabi SAW. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw.. senang je kita dapat PAHALA... ^____^   DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU. INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH.

Sabtu, 19 November 2011